Husam desak Nik Aziz Letak Jawatan?
Husam desak Nik Aziz Letak Jawatan?
Posted on Wednesday, December 30 @ 06:48:16 PST
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper
Artikel Oleh: hermansamsudeen
" [husam] Artikel Husam bertajuk “Malaysia atau diri” dalam blognya http://cetusan-hati.blogspot.com mencetuskan persepsi negatif pada pemikiran ramai. Ramai berpandangan bahawa Husam kini umpama kaduk naik junjung dan mendesak Tok Guru Nik Aziz letak jawatan berikutan kes Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Artikel berkenaan juga dikatakan ditulis demi untuk menunjukan ketidakpuashatian Husam terhadap perletakan jawatan kawan baik beliau Anual Bakhri Haron dan penamatan kontrak Mohd Saiba Yaakob.
Ayat Husam yang berbunyi “PAS – satu masa dulu pernah digelar Parti Asri Sekeluarga – kerana pemegang beberapa jawatan tinggi ada kaitan keluarga dengan Presiden PAS waktu itu, Datuk Asri” dianggap ramai pihak ditujukan khas kepada Tok Guru yang pernah melantik menantunya Ariffahmi sebagai CEO PMBK.
Telahan dan persepsi ramai pihak ini tidak boleh dihalang, ditambah lagi oleh ulasan media dan para blogger yang mengaku rapat dengan Husam. Kickdefella yang dikatakan rapat dengan Husam telah mengelar “PAS-Parti Aziz & Sabariah atau Parti Ayahzit Sekeluarga?”. Ahli PAS menganggap gelaran itu biadap, tapi apa boleh buat. Kita kena terima persepsi itu, kalau tidak Prof. Abu Hassan akan jerit primitif kepada anda semua.
Apa jua yang dimaksudkan Husam, hanya beliau sahaja yang tahu. Sama ada benar beliau mendesak Tok Guru segera letak jawatan, hanya Husam yang ada jawapannya.
Saya membaca keseluruhan tulisan Husam dan saya sendiri tidak melihat Husam menyentuh tentang diri Tok Guru. Nama Tok Guru pun tidak disebut, apa lagi tentang keluarganya. Tapi ramai yang membacanya dengan tafsiran maksud yang tersirat.
Walaubagaimana pun, tulisan Husam itu telah memberikan kredit yang besar kepada media dan pemimpin Umno-BN untuk terus mengasak Tok Guru dan PAS. Walau pun ianya ditujukan kepada pemimpin Umno, namun dengan mudahnya isu ini ditendang masuk ke dalam gol PAS kelantan sendiri.
Ramai yang persoalkan tindak tanduk pemimpin PAS akhir-akhir ini. Benarkah pemimpin PAS sudah hilang kecerdikan berpolitik, atau mereka sebenarnya sudah sampai ke satu makam yang terlalu tinggi hingga orang sukar menafsir, apa sebenarnya yang mereka fikir.
Apa jua yang ditulis, kalau ia datang dari pimpinan PAS, maka kita bersedia sahajalah dengan persepsi yang dilontar.
Hanya Husam yang boleh jawab apa yang beliau telah tulis. Kalau beliau tak jawap, orang akan anggap beliau sudah malas untuk melayan persepsi ini dan sengaja membiarkan ‘bola ilhamnya’ dijadikan permainan media massa untuk menguji kekuatannya.
Akhirnya dalam persepsi peribadi, saya pun tak fikir beliau mahu Tok Guru letak jawatan, kerana beliaulah yang bersama-sama dengan Tok Guru melantik Ariffahmi sebagai CEO PMBK dan mengajak Kickdefella membantunya.
"
0 Response to "Husam desak Nik Aziz Letak Jawatan?"
Post a Comment