Husam..Husam....Kenapa Demo Jadi Lagu Niiiihhhh....

Kenapa berlaku bias ???


Dilulus untuk paparan oleh AbuJihad

Aduan @ Luahan Oleh: konklusi

"

Assalamu' alaikum w.b.t

Dua hari lepas Dato' Paduka Husam Musa menulis di weblognya yg difahami orang sebagai teguran terhadap To' Guru Nik Abdul Aziz... Kita juga boleh merujuk blog-blog lain yg mengkritik Abdul ariff fahmi kononya menjadi penyebab nama buruk kpd TGNA, kerajaan kelantan dan PAS.


Beberapa persoalan saya ingin lontarkan kepada pembaca :

1. Kenapa baru sekarang Dato' Paduka baru bersuara???mana pergi suaranya waktu perlantikan???

2. Adakah ariff fahmi boleh menjadi CEO jika tidak dilantik oleh TGNA ??? kenapa Ariff Fahmi dipersalahkan ??? takut nak kritik TGNA terang2 @ ada agenda disebalik itu ???

3. Bayangkan yg berada di tempat TGNA itu adalah TG. Presiden @ Tim. Pres,apa agaknya yg akan dibuat/diulas oleh bloger2 jahat (bloger yg baik/adil x termasuk)???

Akhir sekali ingin meninggalkan pembaca dengan sepotong ayat

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلّهِ شُهَدَاء بِالْقِسْطِ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ تَعْدِلُواْ اعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ المائدة آية(8)

[5:8] Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Husam desak Nik Aziz Letak Jawatan?

Husam desak Nik Aziz Letak Jawatan?
Posted on Wednesday, December 30 @ 06:48:16 PST
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

Artikel Oleh: hermansamsudeen

" [husam] Artikel Husam bertajuk “Malaysia atau diri” dalam blognya http://cetusan-hati.blogspot.com mencetuskan persepsi negatif pada pemikiran ramai. Ramai berpandangan bahawa Husam kini umpama kaduk naik junjung dan mendesak Tok Guru Nik Aziz letak jawatan berikutan kes Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Artikel berkenaan juga dikatakan ditulis demi untuk menunjukan ketidakpuashatian Husam terhadap perletakan jawatan kawan baik beliau Anual Bakhri Haron dan penamatan kontrak Mohd Saiba Yaakob.

Ayat Husam yang berbunyi “PAS – satu masa dulu pernah digelar Parti Asri Sekeluarga – kerana pemegang beberapa jawatan tinggi ada kaitan keluarga dengan Presiden PAS waktu itu, Datuk Asri” dianggap ramai pihak ditujukan khas kepada Tok Guru yang pernah melantik menantunya Ariffahmi sebagai CEO PMBK.

Telahan dan persepsi ramai pihak ini tidak boleh dihalang, ditambah lagi oleh ulasan media dan para blogger yang mengaku rapat dengan Husam. Kickdefella yang dikatakan rapat dengan Husam telah mengelar “PAS-Parti Aziz & Sabariah atau Parti Ayahzit Sekeluarga?”. Ahli PAS menganggap gelaran itu biadap, tapi apa boleh buat. Kita kena terima persepsi itu, kalau tidak Prof. Abu Hassan akan jerit primitif kepada anda semua.

Apa jua yang dimaksudkan Husam, hanya beliau sahaja yang tahu. Sama ada benar beliau mendesak Tok Guru segera letak jawatan, hanya Husam yang ada jawapannya.

Saya membaca keseluruhan tulisan Husam dan saya sendiri tidak melihat Husam menyentuh tentang diri Tok Guru. Nama Tok Guru pun tidak disebut, apa lagi tentang keluarganya. Tapi ramai yang membacanya dengan tafsiran maksud yang tersirat.

Walaubagaimana pun, tulisan Husam itu telah memberikan kredit yang besar kepada media dan pemimpin Umno-BN untuk terus mengasak Tok Guru dan PAS. Walau pun ianya ditujukan kepada pemimpin Umno, namun dengan mudahnya isu ini ditendang masuk ke dalam gol PAS kelantan sendiri.

Ramai yang persoalkan tindak tanduk pemimpin PAS akhir-akhir ini. Benarkah pemimpin PAS sudah hilang kecerdikan berpolitik, atau mereka sebenarnya sudah sampai ke satu makam yang terlalu tinggi hingga orang sukar menafsir, apa sebenarnya yang mereka fikir.

Apa jua yang ditulis, kalau ia datang dari pimpinan PAS, maka kita bersedia sahajalah dengan persepsi yang dilontar.

Hanya Husam yang boleh jawab apa yang beliau telah tulis. Kalau beliau tak jawap, orang akan anggap beliau sudah malas untuk melayan persepsi ini dan sengaja membiarkan ‘bola ilhamnya’ dijadikan permainan media massa untuk menguji kekuatannya.

Akhirnya dalam persepsi peribadi, saya pun tak fikir beliau mahu Tok Guru letak jawatan, kerana beliaulah yang bersama-sama dengan Tok Guru melantik Ariffahmi sebagai CEO PMBK dan mengajak Kickdefella membantunya.
"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Husam ; Pengarah Drama Terbaik 2009.... Tok Guru pun terpedaya.....

memang sah dia celaka, semalam dia buat fitnah kat husam. hari ni dia fitnah lagi. memang celaka betul

Saya berani berkata, apa yang terjadi semalam mungkin dirancang oleh Husam sendiri. Pertama, kerana 'blog celaka' yang pertama menyiarkan berita berkenaan ialah Penarik Beca. Apa yang saya tahu si penarik beca ini ialah sebahagian daripada blogger-blogger Husam sendiri. Penarik Beca adalah salah seorang penulis dalam blog Nik Aziz. Bagaimana mungkin orang Husam boleh menulis berita yang tak betul ? Pelik ! Tetapi tidak, itu adalah sebahagian dari drama arahan Husam sendiri.

Untuk menyedapkan lagi berita berkenaan, orang-orang Husam akan tabur sms bertebaran sebagai penambah perisa. Sms bukan sahaja dihantar kepada orang-orang PAS malah dihantar sama kepada orang-orang UMNO. Kemudian penerima sms sudah tentu akan mencari orang-orang yang rapat dengan Husam untuk mengesahkan berita berkenaan. Apabila ditanya , orang-0rang Husam tidak akan menafikan seratus peratus. Mereka tak nafi, dan tak sahkan ,sedangkan mereka tahu perkara sebenar. Itu yang membuat si pencari pengesahan pening dan tertanya-tanya. Semua itu dah dirancang dengan rapi oleh Husam & The Gang.

Itulah yang terjadi kepada saya semalam apabila saya menghubungi orang-orang kuat politik Kelantan . "Tak tahu juga lah kawe, rasa-rasanya betul tu.Kawe call dia (husam) pun tak leh leh hari ni. Kito pakat-pakat tunggulah,kalu betul gak ya, kalu tak betuk gak mujur". Sebab itu apabila saya catitkan dalam blog saya semalam saya tak sahkan. Saya banyak guna perkataan 'mungkin' 'Wallahualam' dan saya kata hanya tuan punya badan boleh sahkan. Tapi tak pasal-pasal bila lihat berita di Astro Awani pagi tadi,blog saya pun kena 'celako' juga dengan Nik Aziz. 'Celako 'sungguh Nik Aziz kerana saya turut sama dicelakanya.

Kedua, semasa sidang media Nik Aziz semalam, Husam tiada disebelah Nik Aziz,sedangkan sebagai Timbalan P/Jaya PAS negeri Husam patut ada sebelah Nik Aziz pada masa itu. Nik Amar pun ada di sana. Tapi Husam 'tak dok'. Kenapa dia 'tak dok' ? Sakit belakang ? Tidak, kerana dia dah tahu apa yang akan ditanya dan apa yang akan dijawab dalam sidang media tersebut. Dia sudah tahu apa jawapan Nik Aziz, sebab itu dia 'tak dok'. Faham-fahamlah, orang nak puji kita, tak akan kita ada disebelah dia pula. Lagi satu kalau dia ada disebelah, Nik Aziz pun berat sikitlah nak puji dia,segan kepada Nik amar dan Daud Iraqi. Bereh Sham comel...comel...

Ketiga, bekas rakan karib Husam pula, iaitu Sayuti Omar, penulis politik tersohor juga mengatakan beliau akan puasa tiga bulan kalau Husam letak semua jawatan. Begitu tidak percayanya Sayuti pada berita tersebut. Sayuti lebih mengenali Husam luar dan dalam, sebab itu dia berani berkata begitu. Atas sebab-sebab diatas itulah saya berani mengatakan semua itu adalah perancangan Husam, walaupun Sayuti Omar tidak mengulas secara terus tentang penglibatan Husam dalam menyebarkan berita berkenaan. Sedikit petikan tulisan Sayuti 'tetapi ternyata setiap kali bergema isu ini Husam tetap berada di kerusinya. Setiap kali itu juga Husam mendapat kekuatan dan semangat baru. Sekali pandangan isu ini sengaja direka untuk meletakkan value politik Husam sama mahal dengan Nik Aziz.' Untuk membaca tulisan penuh beliau,sila rujuk di sini.

Dalam dunia politik macam-macam gaya manusia ada untuk meningkatkan imej politik mereka. Ada yang guna cara bersih, ada yang guna cara kotor. Setakat hentam diri sendiri , kemudian diri sendiri juga yang bangkit jawab hentaman tersebut adalah perkara biasa dalam dunia politik PAS dan PKR. Saya dah faham sangat taktik ini. Perkara ini berleluasa dalam PAS dan PKR. Chegubard lebih faham lagi tentang perkara ini. Dia memang pakar dalam bab ini. Chegubard dan Husam juga rapat.

Silap-silap tulisan Nik Amalina yang minta Husam letak jawatan adalah sebahagian dari drama Husam sendiri. Wallahualam...

sumber: blog celaka
http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2009/12/letak-jawatan-husam-yang-cipta-isu.html

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Husam semakin Panas - Sikap Menentang TGNA semakin terserlah.....

Husam: Pisahkan keluarga daripada pentadbiran

kemaskini 7.35pm Exco kanan kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa menggesa pemimpin sesebuah kerajaan, termasuk PAS, memisahkan daripada kepentingan kekeluargaan.

Dengan mengungkit semula betapa negatifnya isu tersebut pernah melanda Tun Dr Mahathir Mohamad dan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi, Husam menyeru agar wujud pemisahan jelas pengaruh keluarga daripada pentadbiran negeri.

"Politik Malaysia memandang serong politik keluarga seperti ini. Kemenangan besar (BN) tahun 2004 tidak berulang.

"Isu-isu keluarga antara penyumbang kepada tumbangnya Pak Lah selepas pilihan raya 2008," coret Husam di blognya Cetusan Hati semalam.

"Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin- pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah pemegang kepentingan yang lebih penting daripada pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah."

Tidak jelas maksud "peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita..." sama ada merujuk pemimpin PAS atau pemimpin BN kerana sebelumnya Husam banyak merujuk kes yang melingkari barisan pemimpin utama negara.

Husam bagaimanapun menjelaskan bahawa mereka yang mahukan perubahan tidak harus terperangkap dalam kerenah yang sama.

"Keadaan (BN) nampaknya kritikal. Peluang untuk rencana perubahan mengambil tempat lebih kukuh terbuka luas. Asal pemain-pemain agenda perubahan tidak pula terperangkap dengan isu dalaman yang tidak mustahak.

"Kemuncup-kemuncup sekalipun, jika tidak diurus, boleh menghilangkan fokus dan menjadi kulit pisang yang licin dan membahayakan," tulisnya lagi.

Exco itu juga mengingatkan betapa pada penghujung era kepemimpinan Datuk Asri Muda di Kelantan, menjelang kejatuhan negeri itu ke tangan BN, PAS mendapat jolokan negatif "parti Asri sekeluarga."

Muncul ketika dua pegawai Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan digugurkan, dan desas-desus digantikan dengan mereka yang dekat dengan anggota keluarganya, coretan blog Husam ini menguatkan tanggapan bahawa pentadbiran Kelantan masih lagi bergolak.

Coretan yang penuh berlapik itu bagaimanapun tidak menyebut secara jelas perkembangan politik di negerinya, sekali gus meletakkan orang ramai dalam keadaan terus berteka-teki.

Isu dua pegawai tersebut mendapat perhatian luar biasa kerana diura-urakan berkaitan rapat dengan dakwaan wujudnya pengaruh keluarga Nik Abdul Aziz dalam pentadbiran negeri.

Setelah muncul kontroversi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui menantunya Abdul Ariffahmi Ab Rahman, isu pengaruh keluarga menteri besar rancak diperkatakan.

Dalam keghairahan membela suaminya Abdul Ariffahmi yang didesak meninggalkan PMBK, Nik Amalina Nik Abdul Aziz pula secara terbuka menudingkan jarinya kepada PAS dan pemimpin-pemimpin negeri tersebut.

Nik Amalina juga mengakui wujudnya perbincangan peringkat keluarganya selama beberapa kali berhubung pelantikan Abdul Ariffahmi.

Kemudian perkara ini disahkan oleh Nik Abdul Aziz sendiri dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini awal bulan ini.

Sementara itu, seorang bekas pegawai mantan menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, menulis di blognya bahawa Anual Bakhri terpaksa melepaskan jawatan tersebut.

"Anual dalam pesanan mesej ringkasnya (kepada saya) sekadar berkata, 'beliau mengundur diri dalam keadaan yang sukar'," kata Anuar Hashim di Perakite semalam.

Setiausaha akhbar Nik Abdul Aziz, Mohd Saiba Yaakob, yang turut berundur, dipetik berkata beliau difahamkan Anual Bakhri digugurkan susulan pertikaian beberapa pihak kerana dianggap "gagal memberi nasihat politik yang betul kepada menteri besar dalam beberapa isu penting mutakhir ini."

Mengulas isu panas tersebut, kerana dianggap satu lagi tanda pergolakan dalaman PAS negeri, Nik Abdul Aziz hari ini bagaimanapun menafikan dua setiausahanya itu dipecat.

Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat Dewan Harian PAS petang ini, lapor Harakahdaily.net, beliau berkata Anual Bakhri sudah lama berniat berbuat demikian.

Pegawainya itu mahu menumpukan kepada bidang penulisan dan syarikat penerbitannya, selain masalah kesihatan anak bongsunya, lapor media rasmi PAS itu lagi.

Nik Abdul Aziz dipetik berkata pengunduran dua pegawainya itu bukan rombakan tetapi "prosedur biasa" pelantikan politik.

Beliau juga menafikan desas-desus Husam, yang hadir di mesyuarat tersebut walaupun diura-urakan tidak mahu menyertainya, meletakkan jawatan.

ULASAN SAYA....

SEKARANG NI HUSAM SEMAKIN TERSEPIT.... KALAU DULU SEKADAR MEMBIARKAN ANJING BELAAN MENYALAK KE TGNA (KICKDERFILA), NAMUN SELEPAS 2 ORANG LAGI ORANG KUAT NYA BAKAL TERSUNGKUR, HUSAM MULA HURU HARA DAN KECUT PERUT....

PERCAYALAH DARIPADA MAKLUMAT YANG SAYA PEROLEHI, AKAN ADA LAGI KES2 YANG BOLEH DIKAITKAN DENGAN SPRM BAKAL MENJELMA... DIKELUARKAN OLEH HUSAM SEBAGAI UGUTAN KEPADA TGNA.... APA-APA PUN SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TGNA DAN KEPIMPINAN ISLAM....

INILAH BALA YANG DITURUNKAN ALLAH KEPADA MANUSIA YANG TERLALU MENGEJAR PANGKAT DAN MELUPAKAN PRINSIP2 ASAS PERJUANGAN ISLAM.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kebenaran Semakin Terserlah..... Ke Endorganan semakin nyata.....

Utamakan keluarga atau kerajaan?
Husam Musa

[[[[ UCAPAN KETUA ENDORGAN MENGATA TGNA SECARA SINIS ]]]]

Malaysia mungkin dikenakan sanction (sekatan) atas penjualan enjin pesawat secara gelap. Kesan kepada ekonomi dan negara kita secara keseluruhan tentu amat besar.

Kenyataan P Balasubraniam yang tersebar menerusi internet mengenai isu perdana menteri-Altantuya Shaariibuu, amat menjejaskan dan belum nampak formula mengatasinya. Imej kerajaan kita terjejas teruk.

Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) dan lubang hitam terbesar yang ditinggalkannya tidak mungkin dapat ditutup dalam tempoh dekat.

Hampir tumbangnya kerajaan pimpinan Najib Razak gara-gara ahli-ahli parlimen BN tuang (ponteng) sidang Parlimen semasa undian, tentulah mengerikan penyokong BN.

Lebih menakutkan kekurangan solid vote untuk Najib itu memang direstui oleh ahli-ahli parlimen BN itu sendiri kerana dah malas. Di peringkat antarabangsa, kita nampaknya belum mencapai standing terhormat seperti dulu.

Kerajaan seakan nampak tidak solid. Isu Biro Tatanegara (BTN) sahaja, pimpinan utama berbelah bagi. Enjin jet, seakan terbahagi dua antara ingin mendedahkan dan ingin mendiamkan.

Perdana menteri mungkin mengikuti jejak Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Lebih banyak berdiam daripada memberikan respons segera. Perdana menteri seakan terpisah daripada realiti.

Beliau lebih memberi fokus terhadap agenda yang hendak ditonjolkan yang dirangka oleh penasihat strategik beliau dan pasif terhadap isu sebenar yang berbangkit saban hari.

Beliau petah ketika membincangkan agenda utopia rangkaan kumpulan penasihat dan seakan membiarkan isu sebenar bergerak sendiri.

Dalam sesetengah hal, kita mengulangi keadaan seakan kerajaan dipandu secara auto pilot dalam urusan seharian kerana pimpinan sibuk menyiapkan gagasan utopia untuk dijadikan gula-gula. Banyak keadaan terkunci pada mode lama, termasuk tatacara piawai operasi (SOP) urusan diplomatik dan luar negara.

Belum dibincangkan susunan parti-parti komponen.

Keadaan nampaknya kritikal.

Peluang untuk rencana perubahan mengambil tempat lebih kukuh terbuka luas.

Asal pemain-pemain agenda perubahan tidak pula terperangkap dengan isu dalaman yang tidak mustahak. Kemuncup-kemuncup sekalipun, jika tidak diurus, boleh menghilangkan fokus dan menjadi kulit pisang yang licin dan membahayakan.

Konsep berkerajaan yang baik ialah pengasingan antara hal-hal keluarga (family matters) dan hal-ehwal berkerajaan (state matters). Bukan sahaja dari segi perundangan (legally), tetapi juga dari segi moral (morally).

PAS - satu masa dulu pernah digelar Parti Asri Sekeluarga - kerana pemegang beberapa jawatan tinggi ada kaitan keluarga dengan presiden PAS waktu itu Datuk Asri Muda.

Serangan sedemikian, ketika PAS berdepan dengan krisis politik pada waktu itu, merugikan PAS dan menjadi modal lawan yang berkesan sekali.

Antara isu yang sukar ditepis oleh Dr Mahathir Mohamad ialah penglibatan anak-anaknya dalam perniagaan. Isu menyelamatkan (bail out) syarikat kapal Mirzan oleh Petronas kekal dibangkitkan sampai ke hari ini.

Anaknya yang lain Mokhzani akhirnya membuat pengumuman berundur daripada dunia korporat apabila menjadi sasaran serangan dan digunakan sebagai bukti amalan kronisme Dr Mahathir sekitar awal 1990-an.

Abdullah Badawi sangat popular sebelum isu anak dan menantunya muncul dalam kehidupan politik beliau. Beliau berjaya membawa Umno/BN menang paling besar dalam sejarah politik negara pada tahun 2004.

Selepas riak dan alpa dengan kemenangan besar itulah, isu penglibatan perniagaan syarikat anaknya Scomi mula menikam politik beliau. Ditambah dengan penglibatan ekonomi dan politik Khairy Jamaluddin (KJ), Abdullah akhirnya kecundang dalam masa yang sangat singkat.

Anak dan menantu atau keluarganya, gagal mempertahankan beliau. KJ telah berkhidmat secara langsung dengan Pak Lah melalui jawatan di Tingkat Empat, yang tidak lama kemudian ditentang hebat termasuk oleh ahli Umno sendiri.

KJ kemudian memperolehi saham ECM Libra, yang menjadi isu hangat.

Sekalipun KJ melepaskan jawatannya di Tingkat Empat dan menjual sahamnya dalam ECM Libra, namun Pak Lah terus dikaitkan dengan KJ dan anaknya Kamaludin dalam banyak perkara.

KJ berada di belakang semua keputusan Pak Lah - dalam minda hampir semua orang.

Namun, politik Malaysia memandang serong politik keluarga seperti ini. Kemenangan besar tahun 2004 tidak berulang. Isu-isu keluarga antara penyumbang kepada tumbangnya Pak Lah selepas pilihanraya 2008.

Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah pemegang kepentigan (stake holder) yang lebih penting daripada pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah.

Dilihat daripada sirah Rasulullah, ada keadaan-keadaan di mana anggota keluarga memberikan pandangan atau diminta pandangan dalam pelbagai isu. Namun, keputusan akhir di tangan Rasulullah SAW dan isu-isu itu pula bukan berbentuk habuan kewangan(monetary gain) atau percaturan politik keluarga tetapi lebih kepada public interest (kepentingan awam).

A'isyah memberi pendapat kepada suami baginda bahawa ayahandanya Abu Bakar seorang yang penghiba dan tidak perlu dilantik menggantikan Rasulullah sebagai imam solat yang dikira penting. Rasulullah SAW meneruskan hasrat baginda.

A'isyah memberikan pandangan itu atas kepentingan awam dan bukan untuk kepentingan dirinya sendiri.

Salah seorang isteri Rasulullah memberikan idea Rasulullah mesti memulakan tahalullul sebagai penyelesaian terhadap keengganan sesetengah sahabat menerima terma perjanjian Hudaibiyyah dan idea ini diterima dan berjaya.

Namun, sampai kepada isu habuan kewangan, kedaulatan undang-undang dan isu pentadbiran yang lain, Rasulullah mengambil sikap menjunjung prinsip pemisahan itu mengatasi hubungan kekeluargaan.

Baginda sampai berkata, kalau anaknya sendiri didapati melakukan jenayah, hukuman sepatutnya akan dikenakan dan ia akan dilakukukan oleh baginda sendiri.

Batas inilah yang perlu dipelihara ketika masyarakat sedang tertunggu-tunggukan kebangkitan yang solid tanpa kecelaruan sedangkan kecelaruan tersebut boleh dielakkan.


Datuk Husam Musa, exco perancangan ekonomi dan kewangan Kelantan, melontar pandangan ini di blognya Cetusan Hati. Artikel ini diterbitkan semula, dengan sedikit suntingan, sebagai penilaian pembaca terhadap perkembangan terbaru politik di negeri itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

TGNA Minta SU Politik & Akhbar Letak Jawatan ...TAHNIAH TOK GURU...

Blog: Nik Aziz mahu gugurkan dua setiausaha
Abdul Rahim Sabri


kemaskini 4.13pm Menteri besar Kelantan bercadang menukar dua orang pegawainya sehingga mencetuskan spekulasi baru di negeri itu, demikian menurut dua penulis blog.

Satu sumber penulis blog memberitahu Malaysiakini hari ini, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengumumkan pengunduran setiausaha politiknya Anual Bakhri Haron dan juga setiausaha akhbarnya Mohd Saiba Yaakob.

Tarikh pengumuman itu bagaimanapun tidak dinyatakan, katanya dengan mendakwa mendapat mesej SMS daripada salah seorang setiausaha tersebut.

Usaha mendapatkan ulasan Anual Bakhri, bekas pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) itu yang telah berkhidmat genap sedekad dengan Nik Abdul Aziz, setakat ini belum berjaya.

Blog yang sering mengulas isu parti itu Penarik Beca pula menyebut khidmat pegawai Nik Abdul Aziz itu bakal berakhir pada 1 Januari ini - alasannya Anual Bakhri dekat dengan Datuk Husam Musa.

Exco kewangan dan perancangan ekonomi itu sering didakwa terlibat dalam kontroversi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui oleh Abdul Ariffahmi Ab Rahman, menantu Nik Abdul Aziz.

Husam sendiri, bekas setiausaha menteri besar itu, bagaimanapun tidak pernah mengulas isu tersebut dan hanya menafikan beliau renggang dengan mentornya.

Menurut penulis blog itu lagi Abu Bakar Mohd Rashid, kontrak Mohd Saiba akan ditamatkan pada 3 Februari tahun depan.

Bagaimanapun setakat ini tidak jelas rombakan pegawai menteri besar dibuat berkaitan dengan kontroversi yang kini melingkari Nik Abdul Aziz atau sebab-sebab lain.

Selain isu menantunya, tokoh PAS itu juga berdepan dengan isu tajaan haji kepada dirinya dan anggota keluarganya sehingga mencecah ratusan ribu ringgit tetapi ia tidak diterima selepas media mendedahkannya.

Ketika dihubungi petang ini, setiausaha perhubungan PAS Kelantan berkata desas-desus itu turut kedengaran tetapi "tidak rasmi" kerana tiada hitam-putih.

"Perkara itu sekadar cakap-cakap sahaja," kata Mohd Zaki Ibrahim apabila diminta penjelasan berhubung ura-ura tersebut.

Dewan Harian PAS negeri akan bertemu esok tetapi isu tersebut belum pasti akan dibincangkan, tambahnya.

"Saya tidak tahu, terserah kepada menteri besar," kata Mohd Zaki lagi.

Exco Pemuda PAS Zamakhshari Muhamad, yang disebut-sebut bakal menggantikan Anual Bakhri, menafikan menerima jawatan tersebut.

Beliau, yang juga pengurus sebuah anak syarikat PMBK, turut hadir dalam satu mesyuarat dengan Nik Abdul Aziz pagi ini tetapi menteri besar itu tidak pula menyebutkan perkara tersebut, katanya kepada Malaysiakini.


Semoga.... terungkailah segala gunting dalam lipatan....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Baiki Masalah Diri Sendiri dulu Dr.... Sebelum menjada kain Orang lain....

Ginilah Doc.... baiki dulu masalah diri sendiri....

ALLAH kata ....
" Jangan kamu dedahkan keaiban saudara kamu...NESCAYA Alllah akan dedahkan keaiban kamu "..... INGAT tu.....


Daripada Malaysiakini...

Pemimpin kanan Pemuda PAS letak jawatan
Jimadie Shah Othman


kemaskini 5.15pm Ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan - yang tegas mendesak pengunduran segera menantu Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai peneraju Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) - meletakkan semua jawatannya dalam parti hari ini.

Dr Rosli Allani Abd Kader bagaimanapun berundur bukan kerana kegagalan Pemuda PAS negeri mengadakan mesyuarat berhubung peletakan jawatan ketua pegawai eksekutif PMBK, Abdul Ariffahmi Ab Rahman.

Sebaliknya, kata beliau, ia berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu - yang memerintahkannya tinggal berasingan dengan isteri keduanya - bagi mengelakkan masalah peribadinya menjejaskan imej PAS.

Dr Rosli mengumumkan peletakannya itu dalam sidang akhbar di sebuah hotel di Kota Bharu tengah hari ini.

Jawatan lain yang disandang bekas exco pusat Pemuda PAS itu termasuk anggota badan perhubungan PAS Kelantan dan ketua penerangan Pemuda PAS Kota Bharu.

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas sidang media itu, beliau mengesahkan peletakan jawatan itu dan sebab beliau meletakkan jawatan.

Beliau mendapat perintah mufarakah atau berpisah sementara dengan isterinya Ilyana Mohd Noor kerana perkahwinannya pada Disember tahun lalu diragui oleh bapa mertuanya.

Dr Rosli berkata, beliau telah memaklumkan keputusannya itu kepada ketua Pemuda PAS negeri, Abdul Latif Abdul Rahman, dan akan menghantar surat rasmi dengan segera.

Tambahnya, selepas melepaskan semua jawatannya dalam parti, beliau mahu mengambil peluang membersihkan namanya.

Mengulas kesnya di mahkamah tersebut, Dr Rosli menuntut media yang didakwanya membuat laporan dengan menggambarkan Ilyana “dikahwini secara tidak sedar” dan “dikahwini dengan niat tidak baik” memohon maaf dengan segera.

Tambahnya, jika tiada sebarang permohonan maaf dibuat dalam tempoh tiga hari, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap media terbabit.

Ditanya sama ada peletakan jawatannya berkaitan dengan isu Abdul Ariffahmi, Dr Rosli enggan mengulas perkara itu.

Walaupun beliau dilihat begitu tegas menekan Abdul Ariffahmi, juga seorang exco Pemuda PAS Kelantan, agar berundur daripada PMBK tetapi mesyuarat untuk menolak menantu Nik Aziz itu gagal diadakan petang semalam seperti dijadualkan.

Difahamkan usaha Pemuda PAS negeri, yang dilaporkan lebih awal di akhbar, menyebabkan sebilangan pemimpin kanannya memilih "jalan selamat."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS